| SAHABAT |

Friday, June 28, 2013

Bunting Pelamin dan Doa Nabi Zakaria

salam u olls hari ni SB nak cerita pasal bunting pelamin and SB tak sangka SB juga adalah salah seorang yang bunting pelamin..hari last check up dengan Doc dekat UNIKL cawangan ipoh dia buat kiraan SB dah pregnant 5 minggu..padahal kahwin baru tak sampai 5 minggu..so Encik Askar dah pelik bila pula kami bersama before tu..then SB cuba terangkan kepada Encik Askar yang doc kira dari first SB period so dalam kiraan doc SB dah 5 minggu tapi kalau nak diikutkan SB baru 3 minggu.. ye la mana taknya kira nya time subur 10 hari selepas datang mulanya period..

lagi pun kalau kita datang and check up tak ada pula doc tanya "bila kamu berdua bersama" tak ke pening korang nak kena jawab and nak kena ingat bila pula korang bersama..hahahaha..kantoi la kan..jadi nak cara selamat doc ambil dari tarikh hari pertama korang period..

tak apa la apa yang penting hanya korang dan Allah sahaja yang tahu apa yang korang lakukan selepas kahwin tu hehehehe..malu pula..sebab SB and Encik Askar memang dah plan nak baby awal and Allah makbulkan doa SB sebab setiap hari SB amalkan doa Nabi Zakaria..kalau korang ingat lagi tentang kisah peristiwaNabi Zakaria yang ketika itu belum lagi dapat zuriat baginda bermohon dengan Allah supaya dikurniakan zuriat yang baik dan Allah makbulkan permintaan Nabi Zakaria..selain itu SB rajin buat solat hajat agar di kurniakan cahaya mata dan di setiap akhir sujud SB akan berdoa kepada Allah untuk kurniakan SB zuriat yang soleh dan soleha..Alhamdulillah SB bersukur sangat..ini antara doa Nabi Zakaria yang SB selalu amalkan selepas solat..

 Doa Nabi Zakaria a.s :(Surah Al Anbiyaa: Ayat 89)


Maksudnya:

Dan (Sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika dia merayu kepada TuhanNya dengan berkata; Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (Dengan tidak meninggalkan zuriat) dan engkaulah jua sebaik-baik mewarisi. (Surah Al-Anbiya: Ayat 89)



Maksudnya:

Ketika itu Nabi Zakariya berdo'a kepada TuhanNya, katanya: "Wahai Tuhanku Kurnialah kepadaku dari sisiMu keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do'a permohonan."

Keterangan ayat:

Al-Imam al-Samarqandi meriwayatkan bahawa Nabi Zakaria pernah merasakan baginda tidak akan mendapat zuriat sehinggalah baginda melihat anugerah Allah memberikan Mariam a.s. buah-buahan pada bukan musimnya.

Maka baginda meyakini bahawa Allah berkuasa mengurniakan anak kepadanya. Tambahan pula baginda memegang amanah menjaga kunci rumah Qurban yang diwarisi turun-temurun.

Thursday, June 27, 2013

tanda tanda awal kehamilan

ok kat sini SB nak share dengan u ols tentang tanda awal kehamilan..tapi lain orang lain pengalaman dia ketika mengandung..

1. Terasa mual

- Tanda-tanda ini kebiasaannya terjadi pada semua wanita hamil. Ini berlaku kerana adanya peningkatan hormon secara tiba-tiba pada aliran darah. Gejala mual ini biasanya terjadi selama enam minggu saat anda disahkan hamil.
ok yang ni memang SB merasakannya..doc kata paling awal dia akan berhenti selama 4 bulan jer,,ya Allah cara dia cakap 4 bulan tu macam 4 hari jer..

2. Kekerapan membuang air kecil

- Tidur anda terganggu akibat kekerapan membuang air kecil, mungkin itu adalah tanda anda sudah hamil. Keadaan ini berlaku kerana tubuh anda menghasilkan cairan tambahan untuk janin anda. Walaupun kekerapan buang air kecil berlaku anda dilarang menahannya kerana boleh menjejaskan kesihatan diri anda.
yang ni pon SB merasakannya asal duduk kejap mesti nak ke toilet..buang air kecil..

3. Terasa Kram

- Gejala ini berlaku kerana rahim akan membesar dan dan merenggang untuk menyiapkan tempat bagi bayi anda.
yang ni tak ada pula SB rasa mungkin orang lain ada..hehehe

4. Mengidam

- Sudah tidak asing lagi jika wanita hamil dikaitkan dengan mengidam pelbagai makanan yang pelik-pelik dan susah untuk mendapatkannya. Kebiasaannya wanita mengidam buah-buahan yang masam dan asam-asam.
bab mengidam ni mungkin tak kot...tak ada pula SB mengidam nak makan apa apa ..semua benda SB makan dengan lahapnya hehehe

5. Moody

- Sering marah-marah pada suami dan mengalami perubahan tingkah laku. Hal ini disebabkan dari kemunculan hormon-hormon baru di dalam tubuh anda. Perubahan yang drastik daripada tidak pernah marah kepada pemarah akan berlaku saat kehamilan.
hahaha yang ni tak ada cuma kekadang jer kalau Encik Askar pakai perfume yang entah hapa hapa bau dia mula la toilet perginya..muntah hijau..pastu kekadang cepat terasa dengan Encik Askar padahal tak ada apa pun..hehehe

6. Bau badan

Mungkin tanda ini jarang ditemui pada wanita hamil. Namun jika memang muncul bau badan, maka adanya peningkatan hormon yang berlebih sehingga menyebabkan kelenjar keringat meningkat.
setakat ni bau badn SB oke jer and harap selamanya okay :D insya Allah

7. Pengsan

- Gejala ini berlaku kerana kekurangan gula dalam badan. Anda dinasihatkan menjaga pemakanan bagi mengelakkan berlakunya simpton ini. Makan yang cukup dapat mengelakkan berlakunya pengsan.
alhamdulillah SB tak ada pengsan pengsan..harap dilindungi Allah..

8. Sakit punggung

Sakit punggung yang dirasakan saat hamil disebabkan beberapa ligamen di punggung anda sudah tidak ada. Sakit ini akan terus dirasai saat berat badan anda bertambah dan selama masa kehamilan.
punggung sakit tak ada tapi perut sakit selalu sangat..

9. Rasa lelah yang berlebihan

- Rasa lelah yang berlebih akan membuat anda cepat tertidur. Hal ini disebabkan dari perubahan hormon dan juga akibat dari kinerja organ-organ vital untuk membantu perkembangan dan pertumbuhan janin. Biasanya rasa lelah ini hanya pada trimester pertama dan akan hilang saat memasuki trimester kedua.
haaa yang ni selalu juga asl jalan jauh sikit SB akan tarik nafas panjang sebab macam penat berlari 100 meter

10. Sembelit

- Sembelit ini terjadi akibat peningkatan hormon progesterone. Hormon ini selain mengendurkan otot-otot rahim, juga berdampak pada mengendurnya otot dinding usus sehingga menyebabkan sembelit atau susah buang air besar. Namun kebaikan dari keadaan ini adalah memungkinkan peyerapan nutrisi yang lebih baik saat hamil.
ok ini memang SB merasakannya and kena minta doc ubat untuk melembutkan najis..Alhamdulillah dah kurang sikit..

11. Pendarahan atau kekejangan akibat implantasi 

Kira-kira lapan hari selepas ovulasi, anda mungkin mengalami pendarahan implantasi, iaitu terdapat tompok-tompok darah berwarna merah jambu atau coklat, serta sedikit kekejangan. Ini disebabkan telur membenam masuk ke dalam lapisan endometrium. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama menjelang kedatangan haid anda. 
yes SB mengalaminya ..and kekadang rasa basah jer..rasa macam nak period tapi tak ada pun period.


tapi kita sebagai manusia kena selalu berdoa kepada Allah agar dipermudahkan segala hal didunia serta di akhirat kelak..amin..


mommy to be

assalamualaikum u ols selamat ceria di hari hari yang mendatang..sejak berkahwin ni SB so busy dengan semua benda sampai tak ada masa nak update blog..padahal tak ada buat apa pun tapi entah tak ada mood nak buat..mood tu asyik terperap jer..and tak lambat lagi untuk SB say thanks pada mereka yang hadir pada majlis kecomelan SB and Encik Askar..alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar even hujan sikit time dekat rumah Encik Askar..hujan rahmat katanya sebab before tu panas terik..

but since balik dari honeymoon hari tu SB keep mual2 then sakit kepala lepas tu apa lagi lari ke toilet and uuwweerrkkk... kemuntahan la SB..tapi SB tak ada la fikir apa apa sebab terlalu awal kan..then seminggu dua lepas tu SB muntah muntah lagi..ok ini dah melampau asal bangunj tido jer SB akan muntah..sampai opis SB akan mengantuk dan tidur..so SB beli UPT and check tapi negative..ok even sedih SB cuba cakap dengan diri sendiri mungkin tak ada rezeki lagi..then SB tak fikir apa apa..esok tu muntah muntah lagi and rasa buah dada membengkak then perut rasa sakit sangat..Encik Askar risau and kitorang pergi check dekat klinik..doc cakap symptom memang ada tapi mungkin terlalu awal and waktu period SB pun belom sampai lagi..so sekali lagi buat UPT and doctor cakap negative and suruh datang balik 22/6 sebab dia nak tengok SB datang bulan atau tidak..kalau datang mungkin ada infection and kalau tak datang kemungkinan besar SB pregnant.. boleh bayangkan tak SB nak tunggu tarikh 22 tu macam nak tunggu sesuatu yg bertahun tahun lamanya..

tunggu punya tunggu SB pergi balik klinik yang sama pada 23-24 macam tu la sebab SB dah lewat berberapa hari and perut SB keep sakit sangat macam ada orang tarik SB risau kalau kena fibroid jer.sebab .before ni jadual datang bulan SB memang teratur..

then kali ini doc tak buat UPT dulu doc terus scan and doc cakap dia tengok ada benda hitam macam biji anggur and kemungkinan itu karung baby and dia tak berani untuk kata itu karung baby sebab terlalu awal and doc suruh SB datang balik 8/7 ni and lagi sekali SB buat UPT and result nya samar samar tapi dalam mas lima minit line kedua dia makin pekat and after that doc bagi makan acid folic untuk vitamin..so SB harap itu adalah baby SB and Encik askar sebab lepas tu SB ada buat UPT and kesemuanya ada double line..


gambar tak berapa nak cantik