| SAHABAT |

Monday, April 22, 2013

Sebulan 2 Minggu...

OMG! OMG! lagi sebulan u ols.. and i dah tak sabar nak tunggu hari kedatangannya..setiap hari bangun tido SB akan pangkah pangkah dekat kalender kesayangan..ye la sekarang kan tengah sibuk berkempen PRU13 kan..orang lain dok sibuk nak pangkah parti itu parti ini..yang SB busy nak pangkah pangkah kalender yang ada jer dekat depan mata ni..fuhh dah tak sabar nak tunggu hari nya..

Encik Askar pula lagi sebulan nak kahwin ni la dia punya busy dengan kem ohmai boleh buat SB sakit jantung sakit hati semua jenis sakit boleh buat list laa..ayat paling femes Encik Askar guna.. "mama, hari ni papa busy sikit tau..tapi apa apa pun papa tetap sayang mama..mama jaga diri elok2 kei nanti ada masa kita jumpa kei sayang" ok nasib baik Encik Askar cakap macam tu..even sakit rindu melampau melampau tetap ku kuatkan juga.. :D *ala bukan jauh mana pun kem dengan SB..hehehe poyo jer lebih ;p

so sekarang SB tengah dok pilih pilih nak honeymoon dekat mana..nak nak tarikh kitorang nak honeymoon tu tarikh cuti sekolah so PEAK SEASON u guys..faham faham je la kei..so amek langkah mudah packing and go.. like ALONG did! pack and go!! so senang..mana mana nak pergi just go..

ok nak buat check list..

baju sanding.. check
pelamin.. check
door gift.. check
ok everything.. check.. hehehe


dah nak sebulan ni..baru teringat nak tengok acc bank segala tabung dekat rumah..and dalam purse ohmai duit mana duit mana..mmmm..ini la dia baru nak kahwin baru nak menyimpan duit dah bergerak macam air yang mengalir tak berhenti2..so SB just nak nasihat kalau nak kahwin or tak memang nak kena ada simpanan dalam bank..mana la tahu kan..kita tak boleh nak tentukan jodoh dan kematian kita datang bila.. :D so kepada u ols yang nak datang just let me know kei.. :D

Wednesday, April 03, 2013

Persiapan Kahwin :)

salam u ols.. selamat pagi..hari ni entah kena SB rasa macam nak kongsi persiapan perkahwinan for those yang nak kahwin nanti. ok ini ada berapa tips untuk kengkawan yang bakal melangsungkan perkahwinan dengan yang tersayang tak lama lagi..sangat berguna tips ini pada couple yang jarak jauh macam SB and Encik Askar <3 p="">

6 bulan sebelum majlis:
okay time macam ni korang dah boleh survey dengan pasangan korang tentang baju pengantin..ok nampak macam awal kan tapi part ni yg paling penting..kalau tak ada baju kahwin macam mana nak jadi raja sehari kan..tak gojes la kita time tu..hehehehe then lepas dah survey2 boleh la korang mendaftarkan diri di mana mana kursus perkahwinan yang berdekatan dengan negeri anda..orang kata persiapan awal lagi bagus tak lah terkejar kejar..

3 bulan sebelum majlis:
haa masa macam ni dah boleh bayar and beli sikit sikit barang hantaran..kalau nak beli barang hantaran sekali gus korang akan terasa duit itu macam air yang mengalir tanpa henti..hahahaha kecuali kalau korang ni memang lahir lahir dah pakai baju yang di buat dari sutera and barang barang dari emas..macam dalam cerita Richie Rich tu,,dah tu nak barang hantaran yang demand demand hahaha ..kalau SB yang simple jer and barang yang SB dan Encik Askar selalu guna..tak ada lah membazir nanti..

2 bulan sebelum majlis:
kalau SB dua bulan sebelum ni Encik Askar tak ada ..so SB lah kena buat sikit sikit bantu Encik Askar..masa macam ni SB dah survey kad kad kahwin so ada la masa SB nak pilih kad kahwin yang comel comel but murah..bak kata kakak kesayangan SB "biar budget ikut kita, jangan kita ikut budget" sebab kita yang nak bayar semua tu..and kalau mana yang pakai katering dah boleh la survey and tempah ..and kalau gotong royong rasanya tak ada masalah..

1 bulan sebelum majlis:
part ni paling penting sebab kalau korang tak buat memang tak kahwin laa..apa yang penting erk..yang paling penting sekali ialah daftar diri di pejabat agama mengikut negeri masing masing..haa time ni la korang akan rasa pening kepala kusut sikit..mahu tak nya borang dia bukan sikit tapi banyak sangat..dengan nak kena buat HIV test lagi..nasib baik masa SB dengan Encik Askar buat HIV test orang tak ramai kalau tak berapa jam nak tunggu dekat situ,,and glad result boleh tahu terus tak perlu nak tunggu berminggu minggu..masa ni la kita nak fikir siapa nak jadi saksi saksi kita..kalau yang perempuan wali dah tentu bapa kandung sendiri or abang or atuk..then Encik Askar kan askar..so siapa yang akan berkahwin dengan askar dia tahu la procedure askar macam mana..dengan interview lagi dengan borang itu borang ini..nak ambil tanda tangan pegawai lagi..so for those yang akan berkahwin dengan askar u ols kena settle kan sebulan or dua bulan sebelum majlis korang..

3 minggu sebelum majlis:
nampak macam dah tak lama kan..memang dah tak lama..and bakal pengantin sure rasa dup dup dap jer kan..mahu taknya nak jadi raja sehari..kena buat persiapan yang baik..and pengantin perempuan mesti nak nampak cantik kan masa itu..masa ni la kita akan fikir ada tak orang nak datang kenduri kita..cukup ke makanan kita tu nanti..berjalan lancar tak majlis kita..macam macam perkara negatif sure kita akan fikir..tapi apa yang perlu kita buat berdoa la bebanyak dengan Allah agar majlis kita akan berjalan dengan lancar..and mas ni la korang dah boleh tempah kek kahwin yang comel comel ikit budget masing masing..macam SB kek kahwin nanti SB ingat nak kek secret recipe jer ..sebab dia sangat sedap and SB dah tahu rasa kek dia macam mana..kalau tempah dekat orang luar memang cantik tapi rasa dia..mmm tak boleh nak menjamin..tapi itu ikut selera masing masing,..kan kan kan..

2 minggu sebelum majlis:
haa masa ni make sure persiapan perkahwinan korang dah settlekan and jangan nanti ada yang tinggal..and make sure goody bags mencukupi mengikut plan yang korang dah buat..haa cerita pasal plan korang kena ada satu list-to-do untuk guide korang tak ada la nanti tertinggal apa apa..

1 minggu sebelum majlis:
lagi seminggu jer..apa macam bakal pengantin sekalian perasaan nak jadi status puan ni..masa ni perbanyakkan solat wajib dan sunat serta doa agar segalanya berjalan dengan lancar..and korang pun jangan stress sangat nanti,,

saat majlis perkahwinan:
apa lagi layan la majlis korang tu dengan seronoknya..dah tak yah nak fikir apa apa..dah settle kan..enjoy!! heehe..tapi jangan lupa untuk tangungjawab yang lain pula..ingat di dunia ni jangan terlalu seronok..*nasihat diri sendiri juga :D