| SAHABAT |

Tuesday, May 17, 2011

http://www.emocutez.com Selamat Tinggal!!

Ya Allah banyak betul dugaan yang aku terima.. sorang sorang pergi dalam hidup aku.. semuanya pergi dalam masa yang singkat.. yang pergi semua nya orang yang aku sayang.. orang penting dalam hidup aku.. tapi bak kata orang selepas hujan akan muncul pelangi yang indah.. ya memang benar ada hikmah dengan apa yang terjadi..

17 Mac 2011
opah dua pupu aku Rosiah Mohd Damai telah pergi meninggalkan dunia dan kami semua akibat ketumbuhan di kepala.. aku sempat melawat arwah sebelum beberapa hari arwah pergi.. time tu arwah di sahkan doc ok dah tak kritikal dan boleh di bawa pulang.. then lepas seminggu arwah sakit balik tenat sebab jangkitan dekat paru paru.. so hantar balik ke Hospital UKM, Cheras..masa tu nurse dah suruh kitorang ahli keluarga bersiap sedia.. then  selepas berberapa hari arwah di sahkan dah tak ada.. sebelum opah aku meninggal makcik tiri aku pun meninggal dunia sebelum beberapa bulan.. then selang dua hari opah sedara aku mengikut jejak langkah.. meninggal akibat sakit tua..

28 April 2011
pergi nya seorang bayi comel bernama Airis Ariana Bt. Hanafi.. anak buah aku yang ke enam.. tak sempat melihat dunia yang penuh ragam dan onak duri.. telah meninggal akibat jantung berhenti secara tiba tiba.. baby meninggal kat dalam perut sebelum beberapa jam di keluarkan.. macam tipu jer.. kakak aku kata pagi tu dia masih rasa baby dyer then bila time sakit sakit nak bersalin dyer dah tak rasa pape and doc sahkan Airis dah tak ada.. jantung dah stop.. and baby lemas sebab dyer dah makan najis sendiri.. aku time tu at office terus gerak gi sepital.. besar baby berat 3.4 Kg.. panjang.. comel jer.. time mandikan jenazah aku tengok arwah lemabm sangat biru jer sejuk jer aku pegang.. mungkin sebab dyer baru di lahirkan and darah tak jalan.. jadi untuk di jadikan kenangan aku sempat rakam saat saat jenazah dimandikan di kapankan dan di kebumikan.. biarlah video tu menjadi kenangan untuk kakak aku..

10 Mei 2011
perginya seorang insan yang rapat waktu ketika dulu hingga 10 Mei 2011.. seorang sepupu aku Muhammad Izwan Noorazman telah pergi meniggalkan dunia ini untuk selamanya.. meninggal akibat kemalangan jalan raya yang mebabitkan sebiji treler 3 buah motorsikal 2 buah lori dan 3 buah kereta di Jempol Negeri Sembilan baru baru ni.. kalau nak tau klik artikel ni.. sedih habaq hang.. aku baru jer lepas berborak pasal anak ayam color color dengan dyer.. esok nya aku dapat call dari sedara aku kata dyer dah tak ada.. dah pergi untuk selama lamanya.. first dengar aku macam tak percaya then aku call mama tanya betol ker tak.. jawapan yang aku terima "mana kau tau ni??" sah memang betol.. macam mimpi jer semua ni.. yang aku terkilan sangat aku tak dapat tengok saat akhir arwah di kebumikan.. time tu aku dekat Terengganu.. so sekarang setiap kali aku tatap gambar dyer aku mesti menangis.. tengok jer orang pakai jersi Malaysia warna kuning aku mesti akan teringat dekat arwah.. sebab itu baju terakhir yang aarwah pakai ketika kejadian terjadi.. bayangkan kitorang besar sama sama.. kalau dahulu waktu kecik kecik kalau aku tak mandi dyer mesti tak mandi.. kalau dye mandi aku mesti mandi.. lepas ni dah tak ada orang nak sakat sakat aku.. sunyi la dekat kampung nanti.. sebab arwah memang periang orangnya.. Wan napa ko pergi cepat sangat.. kau kata nak makan nasi minyak aku.. apa kan daya dah memang tersurat dyer akan pergi dahulu.. selamat tinggal sepupuku.. semoga kau aman di sana.. kitorang semua sayang ko Wan..

ini lar anak ayam yang color color
dyer first time tengok..

Al-Fatihah buat semua yang telah pergi..