| SAHABAT |

Friday, November 22, 2013

Jatuh semasa Hamil

ya Allah korang boleh bayangkan tak bila baca tajuk entry SB ni.. kejadian berlaku tengah hari tadi..masa tu SB tengah kejar masa jadi SB cuba berjalan laju dan masa tu keadaan hujan dan jalan pun licin..SB pula time tu pakai selipar jepun yang dah tak tahu berapa kurunnya selipar..

masa tu SB nak turun tangga..nak jadikan cerita tengah SB berjalan SB tergelincir terpijak daun yang licin..then nasib baik lutut jatuh dulu..SB bangun tarik nafas dalam dalam sambil pegang perut dan berdoa "ya Allah kau selamatkan lah anak yang ku kandung ni" sambil berlinang air mata..masa tu dah risau takut ada pendarahan dan jadi apa apa dekat baby..dah la tak ada sorang pun dekat area situ..kalau jadi apa apa SB tak tahu nak minta tolong dengan siapa..kredit pula habis..

SB berjalan perlahan lahan pergi dekat kereta and cuba rehat kan diri..cuba rasa pergerakkan baby..alhamdulillah baby bergerak macam biasa..dah la tengah preggy 6 bulan 2 minggu..Encik Askar tak tahu pun SB jatuh..takut nak bagi tahu dekat hubby..sebab dia dah banyak kali halang pakai selipar tu..tapi degilkan..huhuhuhuuhu..ni la dia akibat derhaka dekat suami sendiri..hhehehe..and pagi tadi pon tak sempat nak solat subuh..mungkin malaikat tak nak jaga SB satu hari ni.. ya Allah kau ampunilah aku hamba yang lemah ini..amin...

0 BISING BISING: