| SAHABAT |

Wednesday, November 06, 2013

cuba teka baby boy ke girl??

now dah masuk bulan november means ada lagi tiga bulan untuk baby duduk dalam perut ummi..ummi dan walid tak sabar dah nak tengok baby keluar melihat dunia yang penuh dengan paca roba ni..akan ummi dan walid memberi tunjuk ajar dan didikan agama yang cukup in syaa Allah..baby doakan untuk ummi dan walid sekali kei sayang..

so hari ni SB nak main teka teka nak tahu sama ada more to boy atau girl...hehehehe..bulan depan baru nak pergi scan dengan doktor..tak sabar nya...ok jom check it out..

TANDA HAMIL BAYI LELAKI

• anda tidak mengalami morning sickness yang teruk pada awal kehamilan atau mungkin tiada langsung. ( dari awal SB dapat tahu preggy sampai 4 bulan hari hari morning sickness :'( )
• degupan jantung bayi kurang dari 140 kali dalam satu minit (bulan lepas check dengan nurse lebih 140)
• anda rasakan beban berat dan bahagian depan tubuh (tak rasa pun sebab perut SB kecik)
• perut anda kelihatan bulat sempurna (haaa yang ni memang bulat, tapi kakak kata bujur..)
• bahagian aerola (daerah hitam di sekitar puting) akan menjadi lebih gelap ( biarlah rahsia)
• bentuk perut condong ke arah bawah (tak pasti sebab tak tahu nengok hehehe)
• sukakan makanan yang masam dan masin (semua benda SB makan..hahahaha)
• suka makan daging dan keju (suka giler..hari hari abang burger tepi jalan punya..sedapnya burger bakar)
• tapak kaki selalu berasa sejuk  (tak perasan pula..hehe)
• tangan selalu kekeringan (takde)
• suka menghadapkan wajah ke utara semasa tidur (tak perasan pula sebab dah tido memang lasak hehehe)
• bukan hanya anda, tetapi suami juga bertambah berat badannya. (en Askar makan banyak mana pun badan keping macam tu juga..SB ni jer membesar tang perut..)
• anda kelihatan lebih berseri semasa hamil (hahaha hari hari berseri..hahaha)
• hidung tampak lebih mekar  (lebih mekar tu macam mana tak faham..)
• selalu sakit kepala (masa mula mula preggy dulu..)


TANDA HAMIL BAYI PEREMPUAN

• mengalami morning sickness di awal kehamilan (memang selalu pon..)
• merasakan beban berat pada bahagian pinggul dan punggung (tak ada pula)
• payudara kiri lebih besar berbanding kanan (entah tak tahu hahaha)
• rambut anda berwarna agak kemerahan daripada sebelumnya (tak ada pula..)
• bentuk perut condong ke arah atas (memang kekadang baby suka mengeras ke atas)
• perut tampak agak lonjong (mungkin sebab kakak kata perut membujur)
• mengidam makanan yang manis (tak suka benda manis manis)
• sukakan buah-buahan (kekadang jer..)
• suka minum air atau jus yang bersifat masam (suka fresh orange)
• anda lebih cerewet semasa hamil (tak preggy pun memang cerewet..hehehe)
• mudah moody berbanding sebelumnya (hahaha tak preggy pun cepat moody...nak nak kalau lapar..)
• kulit wajah bermasalah berbanding sebelum hamil (aah jerawat ni mesra je dekat muka..tapi tak teruk)
• tidak suka makan roti bersama kulitnya (dari bujang lagi memang tak suka..ikut perangai mama la ni..)
• payudara kelihatan mengembang (hahahaha)
• suka menghadapkan wajah ke selatan semasa tidur (tak perasan pula sebab dah tido memang lasak hehehe)

***************************************************************************************

1) Melihat kepada perut si ibu. Kalau perut ibu kelihatan tajam iaitu meruncing ke depan, maka anak dalam kandungan tu lelaki. Kalau perut ibu bulat bundar / melebar ke tepi, itu kemungkinan anak perempuan. (mungkin kot..sebab perut membujur)

2) Melihat arah tidur si ibu. Kalau si ibu suka tidur mengiring ke kanan.. maka kemungkinan anak yang dikandung adalah lelaki. Sebaliknya, kalau suka mengiring ke kiri..hah mungkin anak pompuan 
(suka tido terlentang)

3) Merasa arah berat perut. Kalau si ibu merasa bahawa anak dalam kandungan suka duduk kat sebelah kanan..mungkin anak lelaki. Sebaliknya..kalau baby tu suka dok sebelah kiri..mungkin pompuan 
(baby suka duduk belah kanan)

5) Melihat perangai si ibu. Kalau si ibu semasa mengandung suka bersolek, bergaya.. hah kemungkinan anak dalam kandungan tu pompuan. Sebaliknya kalau malas nak bersolek, bergaya ni..anak lelaki la tu. 
( awal preggy dulu tak suka bersolek tapi lepas 4 bulan dah bersolek balik)

6) Melihat garisan pada perut ibu. Kalau garisan tegak dari bawah ke atas tu terang dan tak putus-putus maka anak dalam kandungan tu kemungkinan lelaki tapi kalau terputus..kemungkinan pompuan 
(macam garisan tegak tak putus-putus jer)

7) Melihat pada wajah si ibu. Kalau wajah ibu berseri-seri orang kata anak lelaki tapi sebaliknya kalau muka tak berseri orang kata anak pompuan..sebab anak pompuan tu telah menarik seri wajah ibu dia..sebab tu muka ibunya tak berseri.. 
(tak tahu la tapi en Askar kata comel jer bini dia.hhahahaha..amek hati kot..)


pastu ada orang kata kalau ada budak kecik perempuan suka dekat kita means baby dalam perut tu lelaki dan sebaliknya..apa yang SB tengok budak perempuan suka datang at SB then ketawa ketawa mesra..kalau budak lelaki jangan harap.. :'( 

tapi apa apa pun ummi and walid tak kisah baby girl atau boy..asalkan ummi dapat lahirkan anak ummi ni dengan selamat dan sihat..in syaa Allah..

SB dah ada spare nama untuk kedua dua jantina..mmm tak sabar nya nak scan bulan depan.. :)

11 BISING BISING:

Noor Suraya said... Best Blogger Tips[Reply]Best Blogger Templates

anak laki kot sbb tak suka makan manis.sy dulu dan sekarang mmg suka makan manis...yg sulung dulu lg la...setiap hari kena makan cokelat kedberi tu.tak makan tak boleh duduk rasanya..yg keuda ni ja slow cket.tp still suka makan manis n pedas...baby sy yg kedua ni pon girl jugak (scanner katala).ehhehee

dewi mardhiah Zainal said... Best Blogger Tips[Reply]Best Blogger Templates

ramai yg kata lelaki..tu laa..pergi kedai suka tengok benda biru2 baju cars..hahahaha..tapi tu la bulan depan baru nak g scan..mana mana pun ok..asal baby sihat gebu..hehehehe..akak due bila??

Noor Suraya said... Best Blogger Tips[Reply]Best Blogger Templates

akak 28 dec ni...tapi klu leh nak awai lg.dah tak larat nak keja.hehehehe....kot2 leh sama ngn kak dia..kak dia 14 dec.hehehehee

dewi mardhiah Zainal said... Best Blogger Tips[Reply]Best Blogger Templates

@Noor Suraya amboi pandai susun tarikh..sambut bulan sekali..hahahaha...

Noor Suraya said... Best Blogger Tips[Reply]Best Blogger Templates

tak pandai la tu dewi..bajet nak anak bulan januari lak...tp terawai lak bbrpa hari.hahahahaha

dewi mardhiah Zainal said... Best Blogger Tips[Reply]Best Blogger Templates

@Noor Suraya hahahah baby nak sama dengan kakak dia la tu..tak lama je lagi..dah ready ke kak..

Noor Suraya said... Best Blogger Tips[Reply]Best Blogger Templates

yala..nk bg sama la kot....sptt EDD 28.12...tapi td scan..tiba2 EDD 20.12...wah..awai seminggu tu...hehehhe....
soalannya bukan ready ka dak lagi yg duk dlm fikiran la ni..
soalannya larat ka tak larat...
dah tak larat dah nk bwk ni.ehhehe..kalau leh nak bersalin awai2.hehehehe....

dewi mardhiah Zainal said... Best Blogger Tips[Reply]Best Blogger Templates

@Noor Suraya hahahah dah lama sangat rasanya bawa dalam perut..mesti tak sabar nak jumpa second baby kan kak..saya ni dah tak sabar nak jmpa first baby ni..hari2 dok rasa dia menndang..nak juga rasa pegang tngan dia..

Noor Suraya said... Best Blogger Tips[Reply]Best Blogger Templates

mmg tak sabaq dewi...xlarat nk bwk pon ada.jalan dh senget2.ehhehe...mls nk p checkup lg.hehehe......masa yg sulungkn,stat ja akak tau jantina baby,terus hari2 akak rindu sgt nk jumpa dia.sbb dh tau jantina..ofkos la akak dpt buh nama yg menjadi impian akak still sekolah lg.ehhehe....hari2 dgaq lagu nama dia (rabi'atul 'adawiah)...hehehhehe....tp yg kali kedua ni,tak sure lg nk buh nama pa..sbb da dua pilihan..tp still rindu n tak sabaq2 nak jumpa...hehehehhehee

dewi mardhiah Zainal said... Best Blogger Tips[Reply]Best Blogger Templates

@Noor Suraya best nya dah tahu jantina,,orang ni tak tahu lagi apoiment lambat lagi..tapi dah teringin nak rasa tangan dia peluk2 dia..

Noor Suraya said... Best Blogger Tips[Reply]Best Blogger Templates

hehehehhe..takpa..nanti dh bersalin.peluk puas2.hehehehe...