| SAHABAT |

Thursday, June 27, 2013

tanda tanda awal kehamilan

ok kat sini SB nak share dengan u ols tentang tanda awal kehamilan..tapi lain orang lain pengalaman dia ketika mengandung..

1. Terasa mual

- Tanda-tanda ini kebiasaannya terjadi pada semua wanita hamil. Ini berlaku kerana adanya peningkatan hormon secara tiba-tiba pada aliran darah. Gejala mual ini biasanya terjadi selama enam minggu saat anda disahkan hamil.
ok yang ni memang SB merasakannya..doc kata paling awal dia akan berhenti selama 4 bulan jer,,ya Allah cara dia cakap 4 bulan tu macam 4 hari jer..

2. Kekerapan membuang air kecil

- Tidur anda terganggu akibat kekerapan membuang air kecil, mungkin itu adalah tanda anda sudah hamil. Keadaan ini berlaku kerana tubuh anda menghasilkan cairan tambahan untuk janin anda. Walaupun kekerapan buang air kecil berlaku anda dilarang menahannya kerana boleh menjejaskan kesihatan diri anda.
yang ni pon SB merasakannya asal duduk kejap mesti nak ke toilet..buang air kecil..

3. Terasa Kram

- Gejala ini berlaku kerana rahim akan membesar dan dan merenggang untuk menyiapkan tempat bagi bayi anda.
yang ni tak ada pula SB rasa mungkin orang lain ada..hehehe

4. Mengidam

- Sudah tidak asing lagi jika wanita hamil dikaitkan dengan mengidam pelbagai makanan yang pelik-pelik dan susah untuk mendapatkannya. Kebiasaannya wanita mengidam buah-buahan yang masam dan asam-asam.
bab mengidam ni mungkin tak kot...tak ada pula SB mengidam nak makan apa apa ..semua benda SB makan dengan lahapnya hehehe

5. Moody

- Sering marah-marah pada suami dan mengalami perubahan tingkah laku. Hal ini disebabkan dari kemunculan hormon-hormon baru di dalam tubuh anda. Perubahan yang drastik daripada tidak pernah marah kepada pemarah akan berlaku saat kehamilan.
hahaha yang ni tak ada cuma kekadang jer kalau Encik Askar pakai perfume yang entah hapa hapa bau dia mula la toilet perginya..muntah hijau..pastu kekadang cepat terasa dengan Encik Askar padahal tak ada apa pun..hehehe

6. Bau badan

Mungkin tanda ini jarang ditemui pada wanita hamil. Namun jika memang muncul bau badan, maka adanya peningkatan hormon yang berlebih sehingga menyebabkan kelenjar keringat meningkat.
setakat ni bau badn SB oke jer and harap selamanya okay :D insya Allah

7. Pengsan

- Gejala ini berlaku kerana kekurangan gula dalam badan. Anda dinasihatkan menjaga pemakanan bagi mengelakkan berlakunya simpton ini. Makan yang cukup dapat mengelakkan berlakunya pengsan.
alhamdulillah SB tak ada pengsan pengsan..harap dilindungi Allah..

8. Sakit punggung

Sakit punggung yang dirasakan saat hamil disebabkan beberapa ligamen di punggung anda sudah tidak ada. Sakit ini akan terus dirasai saat berat badan anda bertambah dan selama masa kehamilan.
punggung sakit tak ada tapi perut sakit selalu sangat..

9. Rasa lelah yang berlebihan

- Rasa lelah yang berlebih akan membuat anda cepat tertidur. Hal ini disebabkan dari perubahan hormon dan juga akibat dari kinerja organ-organ vital untuk membantu perkembangan dan pertumbuhan janin. Biasanya rasa lelah ini hanya pada trimester pertama dan akan hilang saat memasuki trimester kedua.
haaa yang ni selalu juga asl jalan jauh sikit SB akan tarik nafas panjang sebab macam penat berlari 100 meter

10. Sembelit

- Sembelit ini terjadi akibat peningkatan hormon progesterone. Hormon ini selain mengendurkan otot-otot rahim, juga berdampak pada mengendurnya otot dinding usus sehingga menyebabkan sembelit atau susah buang air besar. Namun kebaikan dari keadaan ini adalah memungkinkan peyerapan nutrisi yang lebih baik saat hamil.
ok ini memang SB merasakannya and kena minta doc ubat untuk melembutkan najis..Alhamdulillah dah kurang sikit..

11. Pendarahan atau kekejangan akibat implantasi 

Kira-kira lapan hari selepas ovulasi, anda mungkin mengalami pendarahan implantasi, iaitu terdapat tompok-tompok darah berwarna merah jambu atau coklat, serta sedikit kekejangan. Ini disebabkan telur membenam masuk ke dalam lapisan endometrium. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama menjelang kedatangan haid anda. 
yes SB mengalaminya ..and kekadang rasa basah jer..rasa macam nak period tapi tak ada pun period.


tapi kita sebagai manusia kena selalu berdoa kepada Allah agar dipermudahkan segala hal didunia serta di akhirat kelak..amin..


0 BISING BISING: