| SAHABAT |

Friday, June 28, 2013

Bunting Pelamin dan Doa Nabi Zakaria

salam u olls hari ni SB nak cerita pasal bunting pelamin and SB tak sangka SB juga adalah salah seorang yang bunting pelamin..hari last check up dengan Doc dekat UNIKL cawangan ipoh dia buat kiraan SB dah pregnant 5 minggu..padahal kahwin baru tak sampai 5 minggu..so Encik Askar dah pelik bila pula kami bersama before tu..then SB cuba terangkan kepada Encik Askar yang doc kira dari first SB period so dalam kiraan doc SB dah 5 minggu tapi kalau nak diikutkan SB baru 3 minggu.. ye la mana taknya kira nya time subur 10 hari selepas datang mulanya period..

lagi pun kalau kita datang and check up tak ada pula doc tanya "bila kamu berdua bersama" tak ke pening korang nak kena jawab and nak kena ingat bila pula korang bersama..hahahaha..kantoi la kan..jadi nak cara selamat doc ambil dari tarikh hari pertama korang period..

tak apa la apa yang penting hanya korang dan Allah sahaja yang tahu apa yang korang lakukan selepas kahwin tu hehehehe..malu pula..sebab SB and Encik Askar memang dah plan nak baby awal and Allah makbulkan doa SB sebab setiap hari SB amalkan doa Nabi Zakaria..kalau korang ingat lagi tentang kisah peristiwaNabi Zakaria yang ketika itu belum lagi dapat zuriat baginda bermohon dengan Allah supaya dikurniakan zuriat yang baik dan Allah makbulkan permintaan Nabi Zakaria..selain itu SB rajin buat solat hajat agar di kurniakan cahaya mata dan di setiap akhir sujud SB akan berdoa kepada Allah untuk kurniakan SB zuriat yang soleh dan soleha..Alhamdulillah SB bersukur sangat..ini antara doa Nabi Zakaria yang SB selalu amalkan selepas solat..

 Doa Nabi Zakaria a.s :(Surah Al Anbiyaa: Ayat 89)


Maksudnya:

Dan (Sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika dia merayu kepada TuhanNya dengan berkata; Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (Dengan tidak meninggalkan zuriat) dan engkaulah jua sebaik-baik mewarisi. (Surah Al-Anbiya: Ayat 89)



Maksudnya:

Ketika itu Nabi Zakariya berdo'a kepada TuhanNya, katanya: "Wahai Tuhanku Kurnialah kepadaku dari sisiMu keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do'a permohonan."

Keterangan ayat:

Al-Imam al-Samarqandi meriwayatkan bahawa Nabi Zakaria pernah merasakan baginda tidak akan mendapat zuriat sehinggalah baginda melihat anugerah Allah memberikan Mariam a.s. buah-buahan pada bukan musimnya.

Maka baginda meyakini bahawa Allah berkuasa mengurniakan anak kepadanya. Tambahan pula baginda memegang amanah menjaga kunci rumah Qurban yang diwarisi turun-temurun.

0 BISING BISING: