| SAHABAT |

Thursday, September 20, 2012

http://www.emocutez.comrindunya

assalamualaikum semua.. kali ni betul betul SB tak ada masa nak berblogging..sejak kerja ni busy memanjang.. ni baru first time buka balik and dapat nak berblog.. macam macam cerita kita SB nak share dengan tema teman ceria SB and macam macam menda yang dah jadi sejak berbulan tak berblogging..rindu rasa nya nak memuntahkan segala rasa yang ada sekarang ni.. kalau la korang boleh baca and tengok hati hitam SB sekarang ni.. pergghhh gumbira tak terkata.. :D



baru baru ni SB dan Encik Askar hehehehe.. baru jer selesai menghadiri kursus pra perkahwinan di Hasani Management dekat ipoh.. dia punya perasaan time tu Allah jer tau..lepas dapat jer sijil pra perkahwinan tu SB dapat rasakan sesuatu yang SB tak pernah rasa sepanjang hidup ini and SB tak pernah bagi tau Encik Askar tentang ni.. nak tau tak apa perasaan yang SB rasa ketika dan saat itu..?? SB rasa gembira dan sedih sebab tak lama lagi SB akan jadi seseorang yang akan bergelar isteri kepada Encik Askar, insya Allah kalau diizinkannnya and SB harap Allah mengizinkan SB untuk bersama selamanya dengan Encik Askar.. kenapa sedih?? sepatutnya gembirakan.. sedih SB bukan sedih sebab akan bersama dengan Encik Askar tapi sedih SB adalah kerana SB tak sangka SB dah besar panjang..muahahahaha..zaman kanak kanak ku akan berhenti tidak lama lagi.. :D dapat jer sijil apa lagi meroyan la kami berdua bergambar dengan sijil kitorang nanti ada masa SB masukkan gambar tu..lupa pula nak bawa cable phone :D

dan yang keduanya, baru baru ni juga SB balik rumah setelah penat bekerja beria ria di tempat kerja..then labuhkan punggung di tempat yang selesa SB nampak sepucuk surat berwarna putih and depan dye tulis SURUHAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA yang menyuruh SB untuk menghadiri peperiksaan PPTM pada minggu depan 29 September 2012 .. ini bermakna pada minggu depan.. adeh SB mana tau pasal Malaysia ni sangat dan mana nak ingat apa yang SB belajar dulu.. tapi dalam masa yang samaSB gembira sebab di panggil even exam je.. :D and SB harap ada rezeki SB dekat situ.. mana tau rezeki bakal bakal ni.. insya Allah minta minta di buka pintu rezeki untuk diri ini..

rasanya dah lambat tapi SB nak juga wish SELAMAT HARI RAYA pada semua teman teman SB dan juga pada semua blogger yang rajin menyinggah dekat lantai hijau SB ni.. and terima kasih sangat sebab sudi nak baca nukilan SB :D auwww terharu kita..terima kasih awak semua.. love u alls..