| SAHABAT |

Monday, January 10, 2011

http://www.emocutez.comAnjing Jinak Bunuh Manusia!!

okay hari ini aku baca sebuah akhbar tempatan..apa yang menarik minat aku..title dyer macam ni.."Ajing Jinak Jadi Pembunuh.."citer dyer berlaku di Pulau Pinang, ianya mengisahkan sepasang pelancong dari Ireland datang ke Malaysia atas sebab kerja..salah seorang pelancong tersebut  Sullivan Maurice, 50, lelaki terbunuh akibat digigit seekor anjing peliharaan berjenis Mongrel..


mayat di bawa Hospital Pulau Pinang (HPP)

ulasan selanjutnya dalam akhbar Metro..

Menurutnya, dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi semalam, dua anjing jinak itu tidak diikat manakala dua warga asing yang dikenali melalui perbualan Internet itu baru saja turun dari rumahnya yang terletak di atas bukit iaitu kira-kira 50 meter dari tempat kejadian.

“Ketika kejadian, isteri saya yang berada di dalam rumah terdengar bunyi anjing menyalak dengan tiba-tiba. Apabila hendak turun ke bawah bagi menolong Maurice, ia sudah terlambat.

“Kami tidak sangka anjing yang sudah mesra bersama Maurice sejak kelmarin, menggigit sehingga menyebabkan kematiannya dalam tempoh 24 jam berkenalan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.


Menurutnya, dua anjingnya itu akan diserahkan kepada Jabatan Perhilitan Pulau Pinang untuk tindakan lanjut dan tidak menyangka niat baik Maurice bersama teman wanitanya mengundang padah kepada mereka.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Hatta Md Zin, berkata pihaknya difahamkan mangsa bersama teman wanitanya datang ke ladang berkenaan untuk merakam gambar bagi disiarkan pada laman web pasangan itu.



Menurutnya, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di lengan dan paha, dagu hampir tercabut manakala kedua-dua telinga putus akibat gigitan anjing itu.


kesian dyer.. pakwe dyer mati..


p/s : moralnya jaga lar haiwan peliharaan anda sebaik mungkin..jangan air yang tenang tiada buaya..
sakit hati lak ai..gambar tak boleh nak upload..tak per annti aku update lagi kei..

0 BISING BISING: